STARTING LIFE
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum korang , I'm back 💕. Sebelum aku start, nak cakap awal2 yang aku tak janji akan tulis setiap hari sebab aku pun ada jadual aku sendiri. So, korang tunggu je tau update untuk setiap penulisan aku (kasi can acah2 famous sat 😂).
Ok, back to the point.
Lima daripada lima. Yes, aku anak bongsu. Lahir dalam keluarga yang cukup sederhana, diajar untuk berdikari seawal usia 3tahun. Mandi. Makan. Urus diri. Pendek kata kami semua memang tak diajar untuk terlalu bergantung harap pada parents.
Alhamdulillah, syukur pada Allah asbab itu yang membentuk diri aku sekarang untuk sentiasa hidup berdikari baik dari segi apapun!
Aku bukak cerita sekolah rendah, SK Haji Wan Jaafar Ijok (boleh search nanti😉), aku kira top student la kat situ (alhamdulillah, act sebab sekolah kat kampung so takde banyak saingan) kalau ikutkan aku bukanlah budak IQ tinggi. Pernah sekali tu result terjatuh satu tangga, abah tanya kut kenapa, kecut jugak time tu. Tapi aku buat lek je. Cuma satula, setiap kali exam aku tak pernah baca buku, berlagak yang amat. Mai tang UPSR, memang tak dapat straight A la jawabnya. 4A1B. Sangkut subjek Sains.
UPSR 2012 #takda aku pun dalam gambar, aku kat depan |
200+ pelajar |
Semua orang sedih time tu, aku apatah lagi bukan setakat sedih, kecewa dengan diri sendiri😞 Yelah kita sendiri dah hancurkan harapan orang ramai weh! Mak abah. Family. Cikgu2. Orang kampung.
Korang bayangkan, cikgu Sains aku tu (Sir Amir) lepas je aku exam terus datang tanya aku. "Apa yang kamu jawab tadi? Bagitau, saya nak kira markah." Muka dia risau weh sebab paper 1 aku cukup2 makan je dan dia pun memang tau aku ni lemah sikit sains. Terharula time tu. Cuma tu la, sebab takde usaha memang Allah pun taknak bagila jawabnya. 💔
Tapi apepon nak citernya, since aku kecil dah minat dengan bahasa arab (sekarang ni bolehla sikit2 cakap arab tu), yang sebetulnya minat ke arah agama. Aku sendiri taktau kenapa. Setiap kali cikgu tanya siapa nak masuk sekolah menengah agama, aku orang first yang angkat tangan. SEMANGAT! Classmates aku pun dah tau.
Awalnya, abah nak aku masuk SMKA Krian, sebab dekat dengan rumah nenek katanya boleh selalu jenguk. Tapi sebab aku tak dapat 5A, maka dengan serta mertanya permohonan GAGAL. Ahahahaha. Beza pulak dengan pilihan aku which is nak sangat masuk Sekolah Raja Perempuan Taayah, entah dari mana aku tau sekolah ni padahal aku tak pernah pergi pun. And yes aku betul2 dapat. Sekolah ni asrama penuh plus jauh dari rumah aku. 2 jam lebih perjalanan. Bila abah tau aku nak masuk asrama, he be like....
To be continued. Kecapean mau nulis. Sambung lagi nnti. Nak tau next, tunggu tau!
Comments
Post a Comment